Sabtu, 8 Januari 2011

UBAT DI KALA MENGHADAPI UJIAN HIDUP

Manusia itu seistimewa mana pun,
Tidak dapat lepas daripada ujian yang menyusahkan,
Raja diuji, orang yang berkuasa diuji,
Orang kaya diuji, yang pandai diuji,
Apatah lagi rakyat jelata dan orang biasa,

Ujian mereka bertimpa-timpa,
Ujian-ujian itu pula banyak caranya,
Bukan satu perkara,
Diantara ujian-ujian itu, sakit yang bermacam-macam jenis,

Miskin, papa,
Orang kata, orang hina, hasad dengki manusia
Dilanggar kereta, jatuh daripada tempat tinggi,
Patah kaki, kematian keluarga, bencana alam,

Yang sering terjadi kepada manusia,
Peperangan yang berlaku dikalangan manusia,
Berbagai-bagai jenayah yang terjadi didalam kehidupan manusia,
Ujian itu tidak ada seorang manusia yang terlepas darinya,

Kalau begitu, dimana kebahagian manusia,
Kadang-kadang ujian itu bertimpa-timpa,
Bukan satu sahaja,
Adakalanya ujian itu disamping sakit, miskin pula,
Orang kata dan orang hina,

Kalau orang tak kenal Allah, tak faham kerja Allah,
Tidak tahu hikmah sebab Allah jadikan,
Manusia akan kecewa, sakit jiwa,
Ada yang akan putus asa, bunuh diri,
Kemudian diakhirat masuk neraka,

Kalau manusia kenal Allah, faham peranan Allah,
Faham hikmah mengapa Allah adakan ujian,
Mereka masih ada hiburan,
Mereka masih ada kebahagian,

Contoh: diuji manusia penghapusan dosanya,
Diuji manusia nak dibanyakan pahalanya,
Diuji manusia diakhirat kesyurga nak diberi istimewa,
Manusia diuji, nak ditinggikan darjat diakhirat sana didalam syurga,

Allah kurangkan didunia, nak dilebihkan diakhirat sana dengan syurga yang tak ada tandingannya,
Diuji manusia dengan berbagai-bagai ujian,
Kalau manusia redha, dianggap ibadah kepadanya,
Apa yang kita ceritakan,
Bukankah itu hiburan kepada manusia?

Kalau manusia itu faham peranan Allah,
Bukankah ujian itu penghibur lara kepada jiwa manusia?
Kalau manusia fahamlah tentang Allah, kesusahan itu adalah hiburan kepada mereka,
Kalau begitu keadaan manusia, tak ada sebab nak dukacita,
Lebih-lebih lagi sampai berputus asa,

Apa yang Allah lakukan kepada kita itu kalau kita faham,
Semuanya kebaikan untuk kita,
Kalau kita faham semua itu, itu khabar gembira,
Kalau kita faham itukan kebahagian manusia,
Kalau kita faham baiknya Allah kepada kita,

Susah pun kita ditimpa Allah, semuanya itu menguntungkan kita,
Kalau kita sabar dan redha,
Kalau begitu bergembiralah dengan ujian,
Itu adalah khabar gembira dari Allah.


..wallahualam..

ANDA SUKA TARIAN POCO POCO ?

PERINGATAN...!!!! ANDA SUKA MENARI POCO POCO ?
بسم الله الرحمن الرحيم




GAMBAR SEBAGAI HIASAN...TIADA KAIT MENGAIT HIDUP ATAU MATI...


Poco-poco yg tersirat.....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar..Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM....

Selimut Hitam: Penampakan Tanduk Iblis Di Waktu Senja

Selimut Hitam: Penampakan Tanduk Iblis Di Waktu Senja: "Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : ' siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di ..."